budak comel =D

hilangmu tiada ganti :'|

assalamualaikum and good evening :)

Duduk nya aku di sini , dihadapan komputer bersaksikan awan mendung yang telas menitiskan air hujan untuk keberapa kalinya tah . . dalam kesejukan ini dan keadaan rumah yang suram kerana x buka lampu , ingin aku menceritakan perihal keluarga yang masih lagi bersedih kerana telah kehilangan seorang ahli keluarga . . hmm , pemergiannya disambut ilahi memberi tamparan yang kuat buat keluargaku . . kehilangannya x dijangka , pemergiannya terlalu pantas . . bersedia atau tidak , terima atau tidak , kami sekeluarga tetap harus menerimanya . . itu semua ketentuan ilahi . . Allah lebih menyayangi pakngah :'|

That day , hari sabtu pagi2 , aku dan keluarga terus bergerak pulang ke kampung dengan tujuan untuk hantar akak aku balik U dia kat UITM segamat n untuk melawat pakngah yang sedang sakit di Hospital Sultanah Nora Ismail , Batu Pahat . . perancangannya hantar akak aku dan terus balik kampung tapi kakak aku nak ikut balik kampung gak sebab nak lawat pakngah .. so , lepas dah settle pendaftaran akak aku then kemas katil dia sume , ktorang terus gerak ke hospital . . semua ada kat hospital . . sesampai je kitorang di hospital ,   kebetulan family mak anjang pown sampai gak , so ktorang masuk same2 ke bangunan hospital yg baru . . since aku agak FOBIA dengan hospital , jantung aku berdebar2 dan segala memori aku tentang kejadian di hospital pd tanggal 12 oktober 2012 terus menyusup ke dalam fikiran dengan lajunya . . tangan aku sejuk dan aku mula sedih . . aku kuatkan jiwa aku dan tabahkan hati aku , aku kuat , sedara mara aku ada dengan aku . . sampai je di tingkat 4 , aku sedih melihat pakngah yg sedang tidur . . hati aku terdetik "Ya allah , kesiannya pakngah , beratnya dugaan yg dia kena tempuh , moga dia kuat " :'|
okay then , petang tu pakngah akan dibedah sekali lagi kerana paru2 nya ada jangkitan kuman , dia mengadu sakit bila nurse tu pindahkan dia dari katil , aku menangis , aku x sampai hati tengok dia sakit mcm tu . . aku x suka nurse lelaki tu , dia buat kasar sangat . . x suka x suka >.< kesian pakngah . . masa pakngah dipindahkan tu , aku tengok muka mak aku , mak tengah menangis , mata mak dah merah . .
lepas je pakngah dibawa ke bilik bedah , aku saudara mara aku terus turun bawah dan tunggu di balai pelawat . . sedara mara aku semuanya balik dan akan datang kembali esoknya , yang tinggal di hospital hanyalah aku , kak ain , makngah , mak uda , pak uda . . aku ngan kak ain duduk kat balai pelawat , yang lain pula tunggu kat luar bilik icu . .

Ahad , pagi tu aku ikut ayah aku g hantar kakak aku balik u dia . . lagi yg ikut adalah dayah , net ngan omel . . omel anak pakngah , satu2 nya anak pakngah . . makngah suruh aku gtau omel kalau dia nak ikut , ikut je lah , kalau duduk sini pun nangis je nanti . . dalam kereta mood omel agak baik , masih boleh bergurau2 lagi dengan kitorang , sekurang2 nya dia x rasa keseorangan n x rasa sedih sgt , hmm kesian kat omel :'/
petang tu ktorang sampai je hospital , omel ngan net trus naik wad icu . . dorang tunggu kat luar tu , aku dengan kak ain tunngu kat balai pelawat dengan dayah sebab dayah kan underage so x leyh naik . . ktorang temankan dia lah . . petang tu aku naik gak , ngan dayah sekali , bawak aje , peduli apa . . agak lama gak ktorang berkumpul depan wad icu pastu semua org turun , tggallah aku , kak ain , net , dayah ngan kak wani . . x lama pastu kak wani ngan dayah pun turun . . lama gak lah aku melepak ngan kak ain n net dekat luar wad icu tu . . kejap2 masuk tgok pakngah . . tunggu punya tunggu x de spe pown yg naik nak ganti ktorang . . then aku col mak aku tanya x de spe nak naik ke ? kalau ada yg nak naik , col dlu taw . . walau apa pun yg terjadi , ktorang x kan tggal kan tempat menunggu tu kosong . . sekurang2nya ada org yg duduk menunggu kat luar . . even ktorang x leyh wat apa , but itu semangatnya , semangat untuk bg pakngah kuat , sekurang2 nya pakngah tahu ktorang sentiasa ada dengan dia, berikan kekuatan untuk dia berperang dengan ajal yg memanti . . :'| 

Hendak dijadikan cerita , mak aku col suruh ktorang turun , so that , makngah boleh naik gantikan ktorang lak . . ktorang bertiga pown turun . . smpi bwh x de spe nak naik duduk kat luar wad icu tu . so aku ngan kak ain pown naik . . dan TETIBE nurse telefon makngah suruh makngah naik , semua dah risau , semua naik , tinggal ayah aku dengan dayah je kat bawah , jaga beg . . makcik dah balik . . sampai je kat atas , doktor kata mesin dah x boleh terima badan pakngah , semuanya tendang balik , badan pakngah makin lemah dan lemah . . semuanya menurun . . doktor kata peluang untuk pakngah survive hanyalah 24 jam . . aku x mampu nak bendung air mata ni lagi , aku terus menangis , melihat omel menangis buat aku tmbh sedih , aku pujuk omel , tapi aku sendiri x mampu nk kawal air mata aku dri terus mengalir . . nuyun col aku supaya aku kuat dan jgn bersedih depan omel . . nuyun suruh aku pujuk omel dan beri kekuatan dekat dia . . yun x kasi aku menangis depan omel tapi apakan daya :'| sorang demi sorang masuk wad icu tengok keadaan pakngah . . lepastu lagi ramai yg datang nak tengok pakngah , makcik smpi berpatah balik . . mak x jd nak balik . . semua jadi risau . . tapi semua sempat jenguk pakngah sebelum pakngah menghembuskan nafas terkahir . . 

Aku jadi risau bila omel disuruh masuk oleh makngah . . semua terus berdiri n tunggu depan pintu wad icu . . x lama pastu , sekuriti tu bagi ktorang semua masuk . . masa tu keadaan pakngah dah nazak . . doktor tengah buat sesuatu untuk selamatkan pakngah tapi apakan daya Allah lebih menyayangi pakngah . . bila ktorang masuk dlm wad tu , tengok jantung pakngah masih berdegup . . kitorang ingtkan masih ada peluang ni ,. rupa2nya tu hanya lah mesin yg menyebabkan dada pakngah masih bergerak . . semua hampa . . doktor tu buat ktorang berharap dan buat ktorang keliru >.< segala urusan jenazah diuruskan di hospital . . cuma solatkan jenazah je dibuat di rumah makcik . . 

Rasanya cukup kowt untuk entry kali ni . . doakan semoga arwah pakngah tenang di alam sana . . rindu pula dekat atok . . :'| jom kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah atok dan pakngah . . 

Buat keluarga : jangan terus bersedih , yang da pergi tu kita hanya mampu mendoakan , kita yg hidup perlu teruskan kehidupan dan mendoakan yg telah tiada . . La Tahzan . . omel , banyakkan bersabar eh sayang . . jgn sedih2 eh . . ktorang ada ngan omel , akak ada ngan omel :')

p/s : kubur arwah pakngah betul2 sebelah kubur arwah atok . . 

No comments:

Post a Comment